Jaringan Prihatin: Inisiatif Bantuan Data Internet & Peranti Mudah Alih Untuk Rakyat Malaysia

Posted on May 19, 2021Comments Off on Jaringan Prihatin: Inisiatif Bantuan Data Internet & Peranti Mudah Alih Untuk Rakyat Malaysia

Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi seperti redONE, Maxis, Celcom, Digi dan lain-lain.

Pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa Jaringan Prihatin adalah inisiatif daripada kerajaan melalui Belanjawan 2021. Usaha atau inisiatif ini adalah fokus untuk memberi bantuan kepada golongan B40 mendapatkan peranti mudah alih serta data internet dengan pengurangan harga berbanding harga asal. Kenapa kerajaan ingin memberikan bantuan ini? Ini disebabkan dengan situasi Covid-19 sekarang, sektor seperti perkhidmatan, Pendidikan, perbankan dan lain-lain digalakkan untuk Bekerja Dari Rumah, BDR or Work From Home, WFH. Pengalakkan untuk Bekerja Dari Rumah ini pasti akan melibatkan penggunaan data internet yang lebih banyak untuk berkomunikasi.

redONE Jaringan Prihatin

Terperinci Mengenai Jaringan Prihatin

Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet. Dengan komunikasi atas talian, pasti rakyat memerlukan peranti telefon pintar yang akan membantu mereka di dalam sebarang urusan komunikasi. Antara telefon pintar yang anda boleh dapatkan rebat ini seperti Samsung, Oppo, Nokia, Vivo dan lain-lain.

Sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut. Daripada jumlah keseluruhan RM3.5 bilion ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.

Kepada Siapa dan Apa Kelayakan Jaringan Prihatin

KELAYAKAN: Untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Sekiranya anda adalah penerima BPR anda boleh memohon dengan membuat semakan kelayakan dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi anda. Bergantung kepada syarikat tersebut, maklumat utama yang diperlukan hanyalah nombor pengenalan anda untuk mereka membuat semakan dengan sistem BPR.

Terdapat 2 kategori yang layak anak menerima bantuan berikut:

· ADA ANAK <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun⠀⠀
· TIADA ANAK: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun

Di bawah Jaringan Prihatin ini, penerima yang layak boleh memilih salah satu dari dua manfaat, iaitu pakej peranti atau pelan data bulanan:

Program ini merupakan sebahagian dari lima (5) Fokus Utama Kerajaan di dalam memulih dan melonjakkan ekonomi Malaysia pasca-COVID, iaitu memperkukuhkan dayasaing negara melalui pengurangan jurang digital. Mengimbas kembali, 5 Fokus Utama ini adalah: Mengawal penularan COVID-19 bagi membolehkan pembukaan ekonomi; Memacu pemulihan ekonomi bagi terus memelihara kebajikan rakyat dan sektor terjejas; Memperkukuh dayasaing negara; Memastikan agenda keterangkuman; dan Mentransformasikan ekonomi kepada aktiviti berasaskan pengetahuan dan berpaksikan inovasi.

Jaringan Prihatin menerapkan konsep keterangkuman dan pada masa yang sama merupakan langkah untuk memperkasakan rakyat Malaysia ke arah ekonomi digital bagi memastikan tiada rakyat yang ketinggalan.

Penerima yang layak boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan mereka dan menyertai mana-mana pelan yang diiktiraf di bawah program ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Jaringan Prihatin, sila layari: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin

Tarikh Pendaftaran Jaringan Prihatin
Tarikh pendaftaran adalah mulai 5 Mei – 31 Julai 2021. Masih tidak terlambat untuk anda untuk mendaftar inisiatif ini. Tarikh tutup adalah sehingga penghujung Julai 2021.

Bagaimana Cara Untuk Tebus Rebat RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin

  1. Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu: https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (rujuk senarai di bawah)
  3. Tentukan sama ada ingin memilih pakej berikut:
    · Pembelian peranti telefon pintar baharu
    · Pembelian pelan data internet bulanan
  4. Selesai! Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan!
redONE Jaringan Prihatin

Untuk menikmati manfaat yang dinyatakan di atas, sila daftar dengan syarikat telekomunikasi seperti di bawah:
· redONE: https://www.redone.com.my/promotion/jaringan_prihatin
· Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀
· Digi: https://digi.my/prihatin⠀
· Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀
· Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀
· speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀
· Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀
· U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin⠀
· unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀
· XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀
· YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀
· Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin⠀⠀

Exxxxxtra Penjimatan!
Tahukah anda? Untuk lebih jimat dan dalam masa yang sama manfaatkan Jaringan Prihatin, anda boleh guna atau tebus dengan redONE. Kenapa? Kerana ada boleh mendapat peranti telefon pintar atau smartphone dengan percuma , lebih internet data dan panggilan tanpa had. Kesemua manfaat ini anda boleh dapatkannya dengan melanggan pelan pascabayar atau postpaid plan redONE. Manfaat ini juga boleh dinikmati oleh pelanggan sedia ada redONE yang layak untuk inisiatif Jaringan Prihatin. Langan dan dapatkan maklumat lebih lanjut di https://www.redone.com.my/promotion/jaringan_prihatin.

Comments Off on Jaringan Prihatin: Inisiatif Bantuan Data Internet & Peranti Mudah Alih Untuk Rakyat Malaysia