Apa Perbezaan Jenis-Jenis Laksa Ini?

Posted on August 12, 2021Comments Off on Apa Perbezaan Jenis-Jenis Laksa Ini?

Populariti MAGGI® Asam Laksa di negara kita sudah cukup untuk menunjukkan bahawa laksa memang satu juadah yang amat popular di Malaysia. Tetapi ada terlalu banyak jenis laksa sehingga ramai sering berperang dalam membanding beza jenis-jenis laksa ini.

Jadi apakah keistimewaan setiap jenis laksa yang ada di negara kita ini?

Laksa Utara

Laksa ini memang satu juadah yang popular di belah utara negara kita, terutamanya di Penang. Laksa Penang memang terkenal dengan kuahnya yang diperbuat daripada campuran pelbagai jenis ikan dan tambahan nanas serta isi udang. Hasilnya adalah semangkuk laksa dengan rasa kuah masam, manis, dan masin yang diperkaya dengan keenakan makanan laut. 

Selain Penang, negeri-negeri utara yang lain juga ada ciri laksa yang tersendiri. Misalnya, laksa perak mempunyai kuah yang agak nipis dan berair. Laksa Kedah pula ada tambahan belacan dan daun selom sebagai hiasan. Laksa Perlis pula menggunakan daun selom dan daun putat untuk tambahan aroma herba dalam kuahnya. 

Maggi MY

Laksam

Laksa yang lebih dikenali di Terengganu dan Kelantan adalah laksam. Beza laksam dan laksa biasa adalah penggunaan mi kukus yang diperbuat daripada campuran tepung gandum dan beras.

Kuah laksam juga ada tambahan santan bersama isi ikan untuk memberi rasa yang lebih lemak pada kuahnya. Laksam sering dimakan dengan ulam-ulaman dan juga sambal belacan bagi mereka yang menggemarkan sentuhan rasa pedas pada lauk ini.

Kuah laksam ini juga boleh dihidang dengan mi laksa biasa yang diperbuat daripada tepung gandum. Inilah hidangan yang digelar sebagai Laksam.  

Laksa Nyonya

Keunikan laksa nyonya yang amat terkenal di Melaka ini adalah ia tidak menggunakan apa-apa isi ikan. Sebaliknya, laksa nyonya lebih dikenali dengan rasa lemaknya yang datang daripada santan segar dan bahan-bahan yang lain.

Anda boleh nikmati laksa nyonya ini sama ada dengan mi kuning ataupun mihun untuk mi yang bertekstur lebih halus. 

ok

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak ini memang amat istimewa sehingga rasa aslinya memang sukar untuk ditemui di Semenanjung Malaysia. Berkongsi keunikan rasa lemak yang padu seperti laksa nyonya, ia juga mempunyai rasa yang berherba dan berempah yang amat unik sekali. 

Anda perlu cuba sendiri untuk menikmati kelainannya. Nak tak nak, anda perlulah berkunjung ke Sarawak untuk merasai sendiri keaslian laksa ini yang memang terbaik. 

MAGGI® Asam Laksa Untuk Rasa Laksa Yang Asli

Mahu menikmati kelazatan laksa di rumah tetapi anda tidak boleh kemana-mana pada musim wabak ini? Nikmati sahaja resipi MAGGI® laksa yang mudah untuk mendapat semangkuk asam laksa yang lazat tanpa perlu membuat perjalanan jauh.

Layari https://www.maggi.my/ms/resipi/mi-maggi-asam-laksa-utara/ sekarang untuk dapatkan resipi yang boleh disesuaikan mengikut saiz hidangan anda.

Comments Off on Apa Perbezaan Jenis-Jenis Laksa Ini?